Rangkaian Transit Aliran Ringan Edmonton

Sistem ini mempunyai dua laluan. Laluan Capital, menghubungkan timur laut Edmonton dengan selatan Edmonton melalui Pusat Bandar. Laluan kedua, Laluan Metro, menghubungkan Pusat Bandar dengan barat laut Edmonton, mula beroperasi secara terhad pada September 2015. Terdapat lebih banyak lagi projek untuk mewujudkan laluan baru sepanjang 27 kilometer yang akan menghubungkan Pusat Bandar Mill Woods di bahagian tenggara bandar dan Lewis Farms di barat bandar.

Semasa pembinaan, kawasan permukaan dipelihara (walaupun kos meningkat) dengan menggali terowong di bawah pusat bandar dan kampus utama Universiti Alberta . Bahagian bawah tanah LRT ini bersambung dengan sistem laluan pejalan kaki Edmonton yang menghubungkan banyak bangunan. LRT ini melintasi Sungai Saskatchewan Utara di antara stesen Grandin dan stesen University di menggunakan Jambatan Dudley B. Menzies,[8] sebuah jambatan LRT dan pejalan kaki khas.

Penyimpanan, penyelenggaraan dan operasi LRT dikawal dari Depoh DL MacDonald.

LRT beroperasi di antara 5:00 pagi dan 1:00 tengah malam setiap hari. Semasa waktu puncak, kereta api yang berlepas dari Clareview ke Pusat Bandar beroperasi dengan kekerapan setiap lima hingga sepuluh minit, dan kekerapan setiap 15 minit semasa waktu puncak. Kereta api dari Century Park ke Pusat Bandar beroperasi dengan kekerapan setiap lima minit semasa waktu puncak dan setiap lima hingga sepuluh minit semasa waktu bukan puncak. Selepas 10:00 malam tren berjalan setiap 15 minit. Sebelum pembukaan Laluan Metro, bandar Calgary mengadakan pertandingan penamaan, untuk menentukan nama kelima-lima laluan LRT kini dan masa depan.[9] Pada 31 Januari 2013, bandar itu mengumumkan nama-nama tersebut: Laluan Capital, Laluan Metro, Laluan Valley, Laluan Energy, dan Laluan Festival.[10][11]

Garisan LRT Edmonton
TalianTerminusJumlah stesenPanjang
501Laluan CapitalClearviewCentury Park1521 km (13 mi)
502Laluan Metro (waktu malam dan Ahad)NAITHealth Sciences/Jubilee108 km (5 mi)
Laluan Metro (Isnin hingga Sabtu)NAITCentury Park1416 km (10 mi)

Rujukan

WikiPedia: Transit Aliran Ringan Edmonton http://www.edmonton.ca/city_government/news/2012/h... http://www.edmonton.ca/edmonton-transit-system-ets... http://www.edmonton.ca/transportation/PDF/LRT_for_... http://www.edmonton.ca/transportation/Valley_Line_... http://www.edmonton.ca/transportation/approved_LRT... http://www.edmonton.ca/transportation/ets/future_t... http://www.bechtel.com/newsroom/releases/2016/02/a... http://www.pcl.com/projects/Archived/E30032/index.... http://www.mobility.siemens.com/shared/data/pdf/st... https://www.edmonton.ca/edmonton-transit-system-et...